Kelas Terokai Akaun DELIMA 2.0 KPM

31 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

30 Ogos 2023 – Satu kelas E-Learning telah diadakan oleh Pengurus PEDi Linggi untuk mengajar 2 orang peserta kategori tahap 1 Sekolah Rendah mengenai Akaun DELIMA KPM Pelajar.

Setiap pelajar yang bersekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pastinya menerima akaun DELIMA masing-masing. Untuk makluman DELIMA adalah bermaksud Digital Educational Learning Initiative Malaysia di mana ianya adalah merupakan platfom yang menyediakan sumber, panduan dan maklumat untuk murid, guru dan ibu bapa untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu supaya tiada murid yang ketinggalan.

Peserta diajar cara untuk login menggunakan email dan password yang diberi oleh sekolah. Seterusnya peserta dibawa menerokai laman web ini dan melihat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh KPM untuk pelajar seperti Buku Teks Digital, Kerja Rumah, Google Class Room, Microsoft Office for Student, Game Lab, Tonton Edu Web TV dan banyak lagi. Peserta turut dibawa menoraka Petrosains 360 untuk memberi gambaran tentang keadaan di dalam Petrosains. Kelas ini berlansung selama 1 jam dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali